Ahli Majlis Tertinggi UMNO sambut baik keputusan batal agama kanak-kanak Islam

Nazri Aziz gembira M Indira Gandhi menang selepas sembilan tahun kes berjalan

BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Ketua UMNO Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi sebagai berkata, ianya kemenangan buat rakyat Malaysia, lapor portal.

Bekas Menteri Hal-Ehwal Undang-undang itu yang kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, keputusan itu membuktikan yang Kabinet selama ini betul apabila mengumumkan yang anak kepada ibu bapa berlainan agama patut kekal dalam agama ibu bapanya.

“Saya kerap menegaskan yang ‘parent’ itu bermaksud ibu dan bapa. Sangat salah dan bodoh untuk mentafsirkan parent sebagai salah satu sahaja. Bila saya menjawat menteri undang-undang, saya selalu tegaskan yang bapa tidak ada hak untuk buat apa yang dia buat itu.

“Islam itu keadilan. Bila tidak adil, maka ianya bukan Islam. Jadi, ianya adalah keputusan yang bagus dan mulai hari ini tak patut ada lagi ragu-ragu dalam kes seperti ini,” katanya kepada seperti dilapor The Malaysian Insight.

Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah – Tevin Darsiny,21, Karan Dinish,20 dan Prasana Diksa 9 – kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.

Lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, disertai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; bersama tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan Tan Sri Ramly Ali, membuat keputusan sebulat suara.

Menerusi 99 muka surat penghakiman yang dibacakan Zainun, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Nazri turut dilaporkan berasa gembiranya terhadap Indira yang terpaksa melalui proses perundangan selama sembilan tahun.

“Ia satu kemenangan buat Islam dan semua rakyat Malaysia. Kita telah buktikan, dan paling penting Kabinet selama ini betul dalam membuat keputusan itu.

“Tetapi sangat membuang masa sampai terpaksa tunggu hampir 10 tahun untuk dapatkan keputusan ini. Saya bersimpati dengan Indira Gandhi, dengan apa yang beliau lalui, tetapi saya juga sangat gembira dengannya.”

Sementara itu, portal sama melaporkan, jurucakap publisiti MCA Ti Lian Ker berkata, Mahkamah Persekutuan perlu menetapkan secara retroaktif semua kes yang dipertikaikan.

“Semua sijil penukaran agama untuk semua anak-anak kecil yang kepercayaan mereka diubah oleh salah seorang dari ibu bapa mereka, perlu ditangani atau ‘dibatalkan dan tidak sah’ seperti yang diarahkan oleh panel hakim,” katanya.

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuanpada 2007 lalu yang memutuskan bahawa seorang mualaf, Muhammad Shafi Saravanan Abdullah tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun, Dharvin Joshua, tanpa pengetahuan ibunya.

Muhammad Shafi juga membawa prosiding perceraian dengan Subashini ke Mahkamah Syariah serta memohon hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.

Kes R Subashini lawan Saravanan itu didengar Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Azmel Ma’amor dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Nik Hashim dalam penghakimannya juga berkata, mengikut undang-undang Islam, hanya seorang sahaja – ibu atau bapa – mesti dimaklumkan mengenainya pertukaran agama anak itu.

The post Ahli Majlis Tertinggi UMNO sambut baik keputusan batal agama kanak-kanak Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian