Amaran hujan lebat di dua negeri Pantai Timur
BANGI, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di dua negeri Pantai Timur, hari ini.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, Met Malaysia memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga jam 1 petang.
Ia membabitkan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang.
Keadaan sama juga dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun, Terengganu.
The post Amaran hujan lebat di dua negeri Pantai Timur appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan