Artis, penerbit drama antara kena tipu pakej ke Korea Selatan

PETALING JAYA, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Polis sedang memburu seorang wanita tempatan yang dipercayai menipu 23 orang awam membabitkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, mangsa penipuan terbabit termasuk beberapa artis dan penerbit drama membabitkan kerugian lebih RM150,000.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang semalam membabitkan tujuh kes penipuan.

“Suspek mengaku mewakili sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan promosi pakej perlancongan ke Korea Selatan dengan tawaran menarik.

“Tertarik dengan pakej yang ditawarkan, mangsa membuat bayaran secara berperingkat melalui sistem bayaran atas talian dan apabila mangsa meminta tiket penerbangan, suspek memberi alasan kelewatan pembayaran ke pejabat ejen pelancongan di Seoul serta meminta mangsa memasukkan lagi duit ke dalam akaun persendiriannya sebelum menyediakan tiket penerbangan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya, apabila mangsa tiba di Seoul, mereka mendapati suspek tidak pernah membuat sebarang tempahan hotel dan pakej pelancongan untuk mereka di Korea Selatan.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

The post Artis, penerbit drama antara kena tipu pakej ke Korea Selatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian