Banjir: Tiga sekolah rendah di Sarawak ditutup

MIRI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Seramai 330 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat bersekolah pada hari pertama sesi persekolahan hari ini kerana masalah banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan dikeluarkan pada 8 pagi ini berkata, tiga sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambap di Belaga, SK Beliau Ahad dan SK Rumah Essau, kedua-duanya di Subis.

“SK Uma Sambap mempunyai 158 murid, 15 guru dan sembilan kakitangan pentadbiran, kerja-kerja pembersihan sekolah sedang dilakukan,” katanya.

JPBNS berkata, jalan menuju SK Beliau Ahad yang mempunyai 117 murid, 13 guru dan tiga kakitangan pentadbiran terputus, bahaya dilalui dan kawasan sekolah masih dilanda banjir dengan trend air menaik.

“SK Rumah Essau yang mempunyai 55 murid, 10 guru dan dua kakitangan pentadbiran, ditutup kerana jalan menghubungi sekolah tersebut serta kawasan sekitar sekolah masih dilanda banjir,” katanya. – Bernama

The post Banjir: Tiga sekolah rendah di Sarawak ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian