Curi kabel: Telekom Malaysia rugi RM6 juta, 11 ditahan

KUALA LUMPUR, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Seorang pegawai teknik Telekom Malaysia (TM) antara 11 individu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian bernilai antara RM4 juta hingga RM6 juta bagi tahun 2016 dan Mac lepas.

Menurut sumber, semua suspek disyaki bersubahat dan terbabit mengemukakan 55 dokumen ‘Maintenance Order’ dan surat kebenaran mengambil kabel mengandungi butiran palsu kepada syarikat telekomunikasi itu.

Beliau berkata, semua dokumen itu dipercayai bertujuan mengeluarkan kabel dari gudang syarikat telekomunikasi berkenaan.

Sumber itu berkata, pegawai TM berusia 40 tahun itu ditahan di Taman Puncak Utama, Kajang.

Turut ditahan tiga pemilik syarikat kontraktor, seorang subkontraktor, seorang bekas pekerja syarikat telekomunikasi, tiga bekas pemandu syarikat kontraktor, seorang ahli perniagaan dan seorang pengarah syarikat.

Menurut sumber itu, ahli perniagaan dan pengarah syarikat yang ditahan itu disyaki bersubahat dengan kakitangan TM dan menerima rasuah bagi membawa keluar ‘drop fiber’ milik syarikat telekomunikasi itu untuk dijual.

Tangkapan berkenaan dilakukan di beberapa lokasi antaranya di Batu Caves, Damansara Damai dan Seri Kembangan di sini antara jam 2 petang dan 6.30 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi, mengesahkanesemua tangkapan itu dan berkata suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan. – Bernama

The post Curi kabel: Telekom Malaysia rugi RM6 juta, 11 ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian