Dah macam bukan Malaysia! Pool Party 2018 Magic Countdown di Lost World of Tambun (Tonton Video)

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Dah macam bukan Malaysia! Memalukan! Ini antara reaksi balas netizen setelah menonton satu video tular yang menunjukkan sambutan tahun baru yang diadakan di taman tema air Lost World of Tambun.

Carian Ismaweb mendapati acara parti dalam kolam (pool party) itu adalah salah satu acara dalam program sambutan tahun baru yang bernama ‘2018 Magic Countdown’.

Dengan bayaran tiket serendah RM50, pelbagai acara diadakan seperti persembahan manusia naga (human dragon), bunga api dan tarian ‘glow in the dark‘ dengan iringan musik rancak.

Ismaweb menerima beberapa keping gambar persembahan tetapi ia tidak boleh disiarkan atas sebab pakaian yang terlalu mencolok mata.

Tonton video pool party di bawah:

The post Dah macam bukan Malaysia! Pool Party 2018 Magic Countdown di Lost World of Tambun (Tonton Video) appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Shafie Apdal tidak tubuh parti baharu, ambil alih parti sedia ada di Sabah

KATA PEDANG: Antara kemurtadan Sharifah sekeluarga dan bahasa ulasan kematian Haron Din