DAP pasti tuntut jawatan menteri kanan jika pembangkang terajui kerajaan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid tidak menolak kemungkinan parti rasis dan cauvinis DAP menuntut mana-mana kedudukan menteri kanan dalam Kabinet, jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Beliau berkata, ianya tidak mustahil berlaku dalam kerajaan yang bakal diterajui pembangkang itu, bahkan perlu menjadi kebimbangan bagi orang Melayu.

“Saya melihat apabila mereka meletakkan calon perdana menteri dan timbalannya daripada kalangan orang Melayu. Dan apakah berlaku sekiranya DAP mendapat kemenangan kerusi yang besar?

“DAP pasti menuntut kedudukan menteri-menteri kanan dalam Kabinet, termasuk menteri kewangan, pertahanan, pendidikan dan menteri dalam negeri dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dr Mohd Noor berkata, sejak 1974, kedudukan menteri kewangan tidak lagi dipegang oleh bukan Melayu selepas Tun Abdul Razak mengubahnya dengan menggantikan kedudukan Tun Tan Siew Sin kepada Tun Hussein Onn.

“Tun Razak ubah, memberikan jawatan menteri kewangan kepada orang Melayu. Kedudukan itu adalah sangat penting kerana membabitkan ekonomi negara.

“Jika jawatan itu dikembalikan kepada pemimpin bukan Melayu, maka kita telah kembali semula ke zaman awal merdeka, ketika mana kedudukan orang Melayu tidak begitu kuat,” katanya.

Beliau yakin jika DAP memenangi banyak kerusi di Parlimen, pastinya parti berkenaan akan menuntut kedudukan penting tersebut sebagaimana berlaku pada kerajaan negeri Perak apabila memenagi pilihan raya 2008.

Malah katanya, keadaan sama juga dilihat turut berlaku dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun kebanyakan kerusi dimenangi PAS serta PKR.

“Tetapi siapa yang menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), siapa memegang Exco-Exco penting kerajaan? Kenapa tidak diberikan Speaker, Timbalan MB dan Exco kanan kepada PAS, sedangkan ketika itu mereka masih belum berpecah?

“Disitu kita boleh lihat kelicikan DAP serta kekuatan pada peringkat sekarang. Apakah keadaan sama akan berlaku pada peringkat negara juga? Ini perlu difikirkan,” katanya.

The post DAP pasti tuntut jawatan menteri kanan jika pembangkang terajui kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian