Dong Zong penting diri, mahu pecah belah keharmonian negara

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kerajaan tidak perlu melayan tuntutan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) untuk membina lebih banyak sekolah rendah Cina, yang kononnya masih tidak mencukupi.

Presiden Pertubuhan Jati (JATI), Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fithri Datuk Othman berkata, melihat situasi sekarang, tiada keperluan pun untuk menambah sekolah Cina di Malaysia.

Katanya, sebelum ini MCA telah meminta tambahan sekolah Cina dalam bajet 2018, dan kerajaan Barisan Nasional telah bersetuju serta meluluskan 10 buah sekolah SRJKC.

Kali ini Dong Zong minta lagi, ia jelas menunjukkan mereka terlalu pentingkan diri dan sengaja menjadikan isu ini untuk memecah-belahkan keharmonian negara.

“Seharusnya puak ini bersama-sama mengangkat sekolah kebangsaan menjadi sekolah hebat.

“Tidakpun mereka bersikap membina kesepaduan rakyat melalui pendidikan dan bukan menuntut yang bukan-bukan, sehingga boleh merenggangkan kesepaduan rakyat di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin Dong Zong dilaporkan mununtut kerajaan memibina 34 lagi sekolah rendah Cina bagi memenuhi permintaan masyarakat bangsa itu.

Presidennya, Datuk Vincent Lau berkata, sekolah rendah Cina sekarang masih belum mencukupi meskipun kerajaan sudah meluluskan 10 sekolah rendah Cina baharu dan pemindahan enam sekolah rendah Cina.

Mengulas lanjut Fithri berkata, tidak dinafikan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diterima baik dalam sistem pendidikan di negara ini.

Namun hakikatnya, terdapat banyak lagi SJKC yang mengalami masalah kekurangan murid.

“Sedangkan banyak sekolah kebangsaan yang mencukupi untuk menampung keperluan pendidikan rendah di kawasan yang tidak mempunyai SJKC.

“Justeru dalam hal ini, Jati berpendapat apabila kita bekerjasama, bertolak ansur, tidak prejudis, tidak berfikiran sempit, tidak mementingkan diri, maka semuanya akan berjalan dengan baik.

“Kerajaan Malaysia tidak pernah mengenepikan isu pendidikan, malah sistem pendidikan kebangsaan sedia ada sudah terbukti berjaya melahirkan golongan cerdik pandai yang diiktiraf di dalam negara dan pada peringkat antarabangsa,” katanya.

The post Dong Zong penting diri, mahu pecah belah keharmonian negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?