Dua wartawan buat liputan penganiayaan Rohingya dihadap ke mahkamah

YANGON, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Mahkamah Myanmar telah mendakwa dua wartawan Reuters, yang membuat liputan berhubung krisis Muslim Rohingya di utara negeri Rakhine, kerana melanggar undang-undang kerahsiaan negara.

Wartawan Myanmar Wa Lone dan Kyaw Soe Oo secara rasmi didakwa oleh pendakwa raya di Yangon pada hari Rabu kerana melanggar undang-undang Rahsia Rasmi era penjajahan, yang boleh menjatuhkan hukuman maksimum 14 tahun penjara, kata peguam mereka.

Kedua-dua wartawan itu ditahan pada 12 Disember setelah dijemput untuk makan bersama pegawai polis di pinggir bandar terbesar Myanmar, Yangon, lapor Reuters.

“Kami tidak pernah membuat sebarang kesilapan, mereka cuba menghalang kami dan menakutkan kami,” kata Wa Lone yang berusia 31 tahun

Permintaan untuk jaminan telah diserahkan kepada mahkamah, dan hakim akan menelitinya ketika pendengaran seterusnya pada 23 Januari, kata peguam itu. – Agensi

The post Dua wartawan buat liputan penganiayaan Rohingya dihadap ke mahkamah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian