Gempa bumi di Afghanistan turut gegar Pakistan, India

KABUL, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Hindu Kush, 265 kilometer dari ibu negara Afghanistan, hari ini.

Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran yang berlaku pagi ini dirasai di seluruh Afghanistan dan di negara jiran, termasuk Pakistan dan India.

Pusat gempa terletak 265 kilometer di timur laut Kabul, dan 120 kilometer dari Chitral, Pakistan di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa, kata USGS.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan berkata, setakat ini tiada laporan kerosakan diterima susulan kejadian itu.

“Hanya gegaran kecil dirasai di seluruh negara, namun dijangka tiada kerosakan serius berlaku,” katanya.

Kawasan berkenaan dilaporkan kerap mengalami gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Oktober 2015, gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud menggegarkan bahagian utara Afghanistan dan Pakistan, sehingga menyebabkan 300 orang terkorban.- Agensi

The post Gempa bumi di Afghanistan turut gegar Pakistan, India appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian