Henti tular tarikh PRU14

BANGI, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa orang ramai menghentikan penularan tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menerusi media sosial.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, penularan tarikh yang tidak sahih hanya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Urusan pilihan raya adalah satu urusan yang sensitif dan perbuatan menjadikan maklumat berkenaan tarikh hal-hal berkaitan pilihan raya tular di media sosial tidak seharusnya berlaku.

“Perkara itu dikuatiri akan menyusahkan orang ramai yang mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah, mengadakan majlis perkahwinan atau melancong,” katanya seperti dilapor Mstar Online.

Terdahulu, tular dakwaan mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi PRU-14 akan diadakan pada 13 Oktober 2017, namun ianya telah dinafikan SPR.

Bagaimanapun, 28 Disember lalu, sekali lagi berita mengenai tarikh penamaan calon bakal diadakan pada 11 Februari dan hari pengundian pada 25 Mac 2018.

Terbaharu, tular pula tarikh pembubaran Parlimen pada 22 Februari dan hari mengundi antara 24 atau 25 Mac 2018.

Hashim berkata, rakyat perlu maklum tarikh pilihan raya hanya akan diketahui sebaik parlimen dibubarkan, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas itu seperti yang dinyatakan mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ada orang yang bercakap lebih daripada itu, bererti mereka hanya inginkan populariti,” katanya.

The post Henti tular tarikh PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian