Hudud: Bercanggah amalan jika pakar bedah potong tangan

KOTA BHARU, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Bekas hakim Mahkamah Syariah Kota Bharu, Che Ibrahim Mohamed berkata, hasrat Kelantan menggunakan khidmat pakar bedah untuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri adalah tidak sesuai.

Ini kerana, katanya, perkara tersebut bercanggah dengan amalan profesion pengamal perubatan.

“Seorang pengamal perubatan ditauliahkan untuk merawat pesakit, bukan untuk melaksanakan hukuman.

“Jika benar Kerajaan Kelantan berhasrat untuk menggunakan kepakaran itu, mereka hendaklah terlebih dahulu dilantik dan diberi kuasa sebagai pelaksana hukuman oleh mahkamah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Selasa lalu, yang memberitahu Kelantan bakal menggunakan khidmat pakar bedah untuk melaksanakan hukuman potong tangan kepada pesalah apabila Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 Negeri Kelantan dilaksanakan.

Mohd Amar juga berkata, Kelantan akan melaksanakan sepenuhnya hukuman hudud sebaik sahaja RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah Syariah 1965 (RUU 355) diluluskan di Parlimen.

The post Hudud: Bercanggah amalan jika pakar bedah potong tangan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian