ISMA Cardiff Seru Mahasiswa Capai Kecemerlangan Demi Kebaikan Ummat

Cardiff, 7 Jan- Jawatankuasa ISMA Cardiff hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Malaysia di Cadiff khususnya yang akan menghadapi peperiksaan bermula minggu hadapan.

Terlebih dahulu ISMA Cardiff telah berjaya menganjurkan solat hajat perdana sempena persediaan menghadapi peperiksaan yang telah dihadiri hampir 70 orang pelajar Malaysia di Masjid Darul Isra’, Cardiff semalam.

Pengarah program solat hajat perdana, saudara Alimahdi Ariff yang sempat ditemubual Media ISMA Eropah berkata, “program solat hajat ini ialah inisiatif ISMA Cardiff untuk menyampaikan mesej kepada para pelajar bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan adalah milik Allah.”

Ujar beliau lagi, “mahasiswa Malaysia seharusnya meletakkan pemikiran bahawa kejayaan dalam akademik seharusnya bertunjangkan kepada konsep fardhu kifayah dan bukanlah untuk kepentingan peribadi semata-mata.”

Hadir berkongsi tips peperiksaan di dalam slot perkongsian ialah saudara Faris Hanafi, ahli ISMA UK-Eire. Di dalam ucapan beliau berkata, “ untuk berubah menjadi pelajar yang cemerlang, seseorang individu hendaklah mempunyai 4I iaitu Insaf, Ilmu, Iltizam dan Istiqamah.”

Tambah beliau, “4 elemen ini merupakan tunjang kepada perubahan sesorang individu untuk menjadi muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat.”

Turut hadir bersama program solat hajat perdana ialah Ketua Perhubungan ISMA Uk-Eire cawangan selatan, saudara Saiful Karim.

Beliau sempat menyampaikan pesanan kepada mahasiswa yang akan menghadapi peperiksaan untuk terus fokus mengulangkaji pelajaran dan dalam pada masa yang sama tidak mengabaikan tuntutan fardhu seseorang individu muslim.

‘Mumtaz Untuk Ummat’

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian