‘Kami tidak takut pengganas Israel, akan terus berjuang demi Palestin’

TEBING BARAT, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Tentera rejim pengganas Israel menembak gas pemedih mata ke arah ratusan rakyat Palestin yang menyertai bantahan penahanan seorang aktivis remaja, Ahed Tamimi.

Al-Jazeera melaporkan, rakyat Palestin dari pelbagai kampung di Tebing Barat yang diduduki, berkumpul di Nabi Saleh menuntut pembebasan Ahed dan ibunya, serta membantah tindakan Presiden Amerika Syaraikat, Donald Trumpmengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bagaimanapun, pasukan Israel menghalang di pintu masuk Nabi Saleh sejam sebelum protes, serta menghalau aktivis dan wartawan memasuki kampung itu.

Para penunjuk perasaan pada mulanya berarak ke bukit bersebelahan dengan pendudukan haram Halamish, namun berpindah ke kawasan pemeriksaan Israel dan menara tentera yang didirikan di pintu masuk kampung.

Berikutan itu, tentera rejim pengganas Israel melepaskan gas pemedih mata. Dilaporkan tujuh penunjuk perasaan cedera akibat ditembak oleh peluru getah.

Bapa Ahed, Bassem Tamimi, yang telah menghabiskan masa empat tahun di penjara Israel berkata, mesej demonstrasi ini adalah jelas bahawa Palestin tidak akan berdiam diri dengan tindakan kejam Israel.

“Bertahun saya tinggal di penjara Israel, saya faham perasaan anak saya dan mereka yang berada dalam penjara. Bagaimanapun, saya bangga dengan mereka, berjuang untuk Palestin,” katanya kepada Al Jazeera.

Sementara itu, seorang lagi ahli keluarga aktivis, Manal Tamimi, yang ditahan bulan lalu ketika demonstrasi lain, menuntut pembebasan saudara-saudaranya.

“Walaupun pengganas Israel menangkap kanak-kanak dan wanita di kampung, kita akan terus berjuang menentang perkara ini,” katanya.

Ahed Tamimi, 16, ditahan pada 19 Disember dalam serbuan di rumahnya di kampung Nabi Saleh selepas video menunjukkan dia memukul dan menampar tentera Israel menjadi tular.

Ahed didakwa pada 12 pertuduhan awal bulan ini dan boleh menghadapi 10 tahun penjara. Ibunya, Nariman, dan sepupu Nour yang berusia 20 tahun juga ditahan. Nour bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan. – Agensi

The post ‘Kami tidak takut pengganas Israel, akan terus berjuang demi Palestin’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian