KB Isma Selangor gagal pintas Real Maya

 

 

KEPONG, 28 Jan – Hasrat KB Isma Selangor untuk menerajui takhta Liga Perdana Sosial Selangor tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada pasukan Atletico Madrid hari ini.

Keputusan seri yang di peroleh oleh pendahulu liga, Real Maya dalam perlawanan di sebelah pagi gagal di manfaatkan oleh KB Isma Selangor apabila ketinggalan 0-2 tamat separuh masa pertama.

Ternyata perlawanan hari ini serba tidak menjadi apabila pasukan yang lebih berpengalaman, Atletico Madrid bermula agresif sejak daripada awal perlawanan dan memaksa pemain KB Isma Selangor lebih banyak bertahan.

Kekalahan kedua tersebut menyebabkan KB Isma Selangor jatuh ke tangga ketiga liga dan perlu mengutip sekurang-kurangnya dua mata daripada baki tiga perlawanan liga bagi memastikan pasukan layak ke pusingan suku akhir.

Pengurus pasukan, Mohd Hazwan Ab Halim sedikit kecewa dengan keputusan tersebut, kerana gagal merampas kedudukan pendahulu liga.

“Kami mempunyai peluang gol pada babak kedua, namun gagal disempurnakan oleh jentera serangan,” katanya.

“Walaubagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada pemain kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi di bawah panas terik matahari untuk mencari gol penyamaan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian