Kerajaan gagal tadbir sampai ada graduan terpaksa jual nasi lemak

BANGI, 30 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Jumlah graduan universiti tidak bekerja yang semakin meningkat membuktikan kerajaan gagal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu berkata, melihat situasi sekarang, ramai graduan terpaksa menjadi pemandu Uber atau menjual nasi lemak untuk mencari pendapatan.

“Kita tidak boleh berbangga dengan mereka yang menjual nasi lemak ataupun jadi pemandu Uber. Ini untuk menampung pendapatan mereka sebab mereka tak ada punca pendapatan sama sekali.

“Ini menunjukkan kegagalan kerajaan mentadbir negara kita ini supaya orang yang terlatih dengan ilmu yang tinggi dapat pekerjaan yang dapat memberi pendapatan yang sama dengan tahap kebolehan mereka,” kata dalam “Policy Talk” ke-2 yang disiarkan di Facebook, semalam.

Tun Mahathir yang menjadi calon perdana menteri Pakatan Harapan itu berkata, amat memalukan apabila graduan negara kita terpaksa mengambil menjual nasi lemak untuk menyara hidup.

“Kalau hendak jual nasi lemak, kita seharusnya ada universiti yang menempatkan pelajar untuk belajar bagaimana hendak jual nasi lemak, tetapi kita tidak ada universiti seperti ini,” katanya.

 

The post Kerajaan gagal tadbir sampai ada graduan terpaksa jual nasi lemak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian