Kewangan, Antara Punca Tidak Melanjutkan Pelajaran

oleh Norlia binti Salleh

 

Kota Samarahan, 29 Jan – “Masalah kewangan bukan alasan untuk tidak meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya.” Demikian kata Cikgu Raja Nurul Huda bt Raja Ibrahim dalam slot Taklimat Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan di Karnival Lepasan Sekolah (KLS) Samarahan yang telah diadakan baru-baru ini.

Jelasnya lagi, ramai pelajar di kawasan luar bandar tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya atas alasan status kewangan yang tidak stabil. Namun, terdapat banyak sumber bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh pelajar sekiranya mereka mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minati. Apa yang perlu pelajar lakukan adalah mencari dan memohon bantuan kewangan yang terdapat di tempat mereka.

Dalam ucapan perasmian Karnival Lepasan Sekolah tersebut, Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Di-Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Samarahan, menyarankan agar pelajar-pelajar yang hadir ke karnival tersebut melanjutkan pelajaran dengan cara apa sekalipun. Ini adalah kerana, dengan pelajaranlah, nasib diri, keluarga dan masyarakat dapat diubah.

Sekiranya terdapat halangan dalam meneruskan niat tersebut, usah berputus asa dan carilah jalan penyelesaian yang baik. Mintalah bantuan dari mereka yang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah tersebut.

KLS Samarahan yang telah diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan itu dihadiri oleh pelajar-pelajar lepasan sekolah di sekitar Samarahan.

Turut hadir pada program tersebut adalah Jamaliah binti Lani, Pengerusi Kelabh Remaja ISMA (KRIM) Samarahan, Fara Izmyra binti Muzafar Shah, Setiausaha KRIM Samarahan dan Amirudin bin Dahlan, Naib YDP ISMA Samarahan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian