Mangsa penipuan umrah perlu buat laporan

BANGI, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kementerian Pelancongan menggesa mana-mana pihak yang menjadi mangsa penipuan pakej umrah untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, mangsa boleh melaporkan penipuan itu kepada kementeriannya, polis atau Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Saya harap mereka yang menghadapi masalah di luar negara (termasuk terkandas) boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan.

“Kita tidak akan membiarkan orang seperti ini (penipu) dengan mudah terlepas,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Mas Ermieyati berkata, kementeriannya mengharapkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan berhubung kegiatan itu.

“Satu laporan mungkin tidak mencukupi untuk disiasat, kami berharap lebih ramai boleh tampil ke depan untuk membuat laporan,” katanya.

Bercakap berkenaan mekanisme terbaharu yang akan menggantikan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS), beliau berkata, setakat ini kementeriannya masih belum mengadakan pertemuan dengan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).

“Saya hanya boleh maklumkannya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan MKSU. Jadi, perlu tunggu MKSU,” katanya.

The post Mangsa penipuan umrah perlu buat laporan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian