Marah Mahathir naik Pak Lah, Najib masalah tidak selesai

BANGI, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Mengubah individu sebagaimana yang dikehendaki oleh Pakatan Harapan (PH) tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah perubahan terhadap dasar dan polisi pentadbiran kerajaan dengan menerima pendekatan Islam.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sekarang ini berlaku pelbagai masalah di dalam negara, termasuk rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan polisi kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang menekan rakyat, terutama kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.

Katanya, pelbagai cara dan kaedah diguna pakai untuk memperbetulkan keadaan itu, termasuk usaha PH yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, akibatnya pemimpin PH, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lantang marah kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mendakwa PAS hendak bekerjasama dengan UMNO dan mengambil sikap menyokong Najib.

“Saya pernah pergi ke satu program, program dialog juga orang tanya saya, dia tanya ustaz saya nak tanya, Mahathir ini dengan Najib ini hat mana se jahat? Saya kata, kita PAS ini bukan sebuah parti nak hukum orang, hat ini jahat, hat ini lagi jahat, hat ini zalim, hat ini lagi zalim. Kita PAS ini bukan sebuah parti untuk mengubah individu, kita PAS adalah sebuah parti untuk mengubah dasar, polisi.

“Kalaulah jatuh Najib, naik orang lain, dasar sama, apa gunanya? Dulu duduk marah ke Mahathir, tentang Mahathir juga daripada pagi sampai ke malam. Dia ini kalau time pilihan raya, jap lagi umum bubar Parlimen, kita nak ceramah nak katok DAP, nak katok PKR, nak katok ke PAN tak payah ceramah, ambil tape, record hat pimpinan-pimpinan parti ini ceramah hat yang dia kata ke Mahathir, ambil hat itu.

“Dulu duduk marah ke Mahathir. Bila Mahathir jatuh, turun, naik Pak Lah, dasar sama, tetap berlaku penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, kemudian marah ke Pak Lah pula, naik Najib, sama sahaja,” katanya berucap pada perasmian Markas Besar PRU 14, UPU Merbau Patah di Kuala Terengganu, kelmarin.

Memetik laporan Harakah, semalam, Muhammad Khalil berkata, oleh itu mengubah individu tidak boleh menyelesaikan masalah, sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah mengubah dasar dan polisi.

“Dan inilah yang PAS lakukan. Dasar kerajaan Umno Barisan Nasional, yang baik, yang molek kita sokong, kita sokong. Yang memberikan kebajikan kepada rakyat, yang buat pembangunan benda-benda asas infrastruktur dan lain-lain lagi, buat sekolah, jalan raya, ya ini kita sokong.

“Yang tak betul, yang salah, ini kita bangkang, benda yang kita tegur kita tegur, nasihat, nasihat. Dasar GST sebagai contoh, ini satu dasar yang salah. Sepatutnya kalau ikut kaedah Islam, cukai ini hanya diambil daripada orang kaya, mengambil konsep zakat – ‘diambil daripada orang kaya, dan dikembalikan kepada orang miskin’.

“Tapi GST, semua orang kena. Orang kaya kena, orang miskin kena. Orang bandar kena, orang luar bandar pun kena, semuanya kena. Ini dasar yang salah. Kita tentang. Begitulah juga banyak lagi dasar-dasar lain yang tak betul, yang kita PAS menegaskan bahawa perlu kepada perubahan polisi dan dasar ini,” katanya.

 

 

The post Marah Mahathir naik Pak Lah, Najib masalah tidak selesai appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian