MERS-CoV: Larangan lawat ladang sejak 2015, masih kekal

BANGI, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Larangan ke atas jemaah umrah dan haji Malaysia melawat ladang unta di Tanah Suci, telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak Julai 2015.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata, larangan itu juga masih kekal kepada semua jemaah haji negara selagi virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) tidak dapat dikawal sepenuhnya.

“TH dan KKM sentiasa bekerjasama dalam mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan MERS-CoV kepada bakal-bakal jemaah haji serta langkah-langkah pencegahan semasa kursus-kursus haji diadakan di seluruh negara.

“TH juga telah memastikan tiada program ziarah ke ladang-ladang unta di Tanah Suci sejak larangan tersebut dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Serentak itu, beliau berkata, TH menyeru supaya jemaah haji dan umrah serta syarikat pengendali mematuhi larangan untuk tidak melawat ladang unta bagi mengelakkan dijangkiti wabak tersebut.

Sebelum ini, seorang rakyat Malaysia berusia 55 tahun yang baru pulang dari mengerjakan umrah disahkan dijangkiti virus MERS-CoV.

Pesakit berkenaan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami gejala demam, batuk, lemah badan, lelah dan sakit kaki sebaik tiba di Malaysia pada 23 Disember lalu.

The post MERS-CoV: Larangan lawat ladang sejak 2015, masih kekal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian