Padah bawa pemetik api bentuk bom tangan, pemuda ditahan di Miri


MIRI, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Seorang pemuda ditahan polis kerana membawa pemetik api menyerupai bom tangan di Lapangan Terbang Miri.

Suspek dilaporkan ditahan ketika melalui pemeriksaan bagasi dan imbasan badan di balai berlepas lapangan terbang itu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan suspek ditahan jam 9.20 malam, Selasa.

Beliau seperti dilapor BH Online berkata, suspek membeli pemetik api berkenaan di Johor Bahru.

“Pemuda itu dalam perjalanan dari Miri ke Johor Bahru menyembunyikan objek berkenaan dalam beg kecil yang dibawanya.

“Ketika pemeriksaan dibuat menggunakan mesin pengimbas, satu objek mencurigakan menyerupai bom tangan dijumpai disembunyikan dalam beg suspek,” katanya, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Sekyen 32, Akta Senjata 1960.

The post Padah bawa pemetik api bentuk bom tangan, pemuda ditahan di Miri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Shafie Apdal tidak tubuh parti baharu, ambil alih parti sedia ada di Sabah

KATA PEDANG: Antara kemurtadan Sharifah sekeluarga dan bahasa ulasan kematian Haron Din