Peluru tembus kepala remaja Palestin

RAMALLAH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Rejim pengganas Israel menembak mati seorang remaja Palestin di sebuah kampung di utara Ramallah, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Layth Abu Naeem berusia 16 tahun ditembak di kepala secara dekat oleh rejim itu yang memasuki kampungnya, al-Mugheir.

Abu Naeem meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital di Ramallah.

Bapa saudaranya memberitahu, tentera sengaja bertindak kejam membunuh mangsa dari jarak dekat.

“Mereka boleh menangkapnya, mereka boleh mencederakannya, mereka boleh menembak kakinya. Tetapi rejim itu memang mahu membunuhnya. Peluru melintas di mata sehingga menembusi kepala,” katanya.

Tentera Israel selalu membunuh penduduk Palestin, dengan menuduh mereka cuba melakukan serangan tikam terhadap tenteranya.

Kumpulan hak asasi manusia berulang kali mengkritik rejim Tel Aviv kerana dasarnya menembak mati membunuh kerana sejumlah besar rakyat Palestin yang terbunuh di tempat serangan tidak menimbulkan ancaman serius kepada Israel.

Jumlah serangan Israel telah meningkat dengan ketara sejak Presiden AS Donald Trump, pada Disember 2017, mengumumkan keputusannya untuk mengiktiraf Baitulmaqids sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke bandar yang diduduki.

Peralihan dramatik dalam dasar Washington mencetuskan demonstrasi di wilayah Palestin yang diduduki, Iran, Turki, Mesir, Jordan, Tunisia, Algeria, Iraq, Maghribi dan negara-negara Islam lain. – Agensi

The post Peluru tembus kepala remaja Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian