Pencuri temui ajal bergelut dengan tuan rumah

JOHOR BAHRU, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Malang bagi bagi seorang pencuri apabila terbunuh selepas bergelut dengan pemilik rumah yang dimasukinya di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata, suspek lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan terbaring dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan berpunca daripada pisau yang ditemui di tempat kejadian.

“Kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek dan mangsa yang juga berusia 32 tahun bergelut sehingga menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan. Bagaimanapun, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah,” kata beliau dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Pada kejadian kira-kirajam 2.45 petang itu, suspek dipercayai memasuki rumah berkenaan melalui tingkap tandas belakang bersebelahan dapur sebelum bertindak memecahkan pintu bilik utama.

Mangsa yang berada di rumah ketika itu, kemudiannya diugut menggunakan pemutar skru untuk menyerahkan barangan berharga selain bertindak menggeledah bilik kedua dan ketiga rumah.

Shahurinain berkata, suspek kemudiannya memaksa mangsa untuk membuka pintu dapur untuk melarikan diri, namun mangsa berjaya mencapai sebilah pisau pemotong sayur berukuran 22 sentimeter.

“Dia mengarahkan suspek untuk memulangkan semula barangan miliknya, tetapi suspek enggan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka,” kata beliau.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.

Polis turut menemukan dompet, wang tunai berjumlah RM730, cincin emas dan telefon bimbit jenis Motorola dalam kocek seluar suspek.

Mayat suspek dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini bagi proses bedah siasat esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. – Bernama

The post Pencuri temui ajal bergelut dengan tuan rumah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian