Polis Turki tahan 20 individu disyaki terlibat dengan Daesh

ISTANBUL, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Pasukan polis Turki telah menahan 20 individu termasuk 15 warga asing dalam satu serbuan kerana disyaki terlibat dengan Daesh.

Namun, pihak polis tidak mendedahkan maklumat lanjut warga asing yang ditahan dalam serbuan berkenaan.

Pihak polis unit antipengganas Istanbul berkata, serbuan dilakukan dengan mensasarkan empat lokasi di seluruh bandar raya itu.

“Serbuan ini adalah untuk mengetatkan keselamatan sebelum menyambut ulang tahun serangan di kelab malam yang mengorbankan berpuluh-puluh orang pada tahun lepas,” katanya.

Berdasarkan laporan agensi berita Anadolu, kesemua suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam serangan tersebut.

Pada kejadian itu, seorang lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan secara rambang di sebuah kelab malam pada malam sambutan tahun baru di Istanbul yang mengorbankan 39 individu warga Turki dan beberapa individu warga negara Arab, India dan Kanada. – Agensi

 

The post Polis Turki tahan 20 individu disyaki terlibat dengan Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian