Rasuah: Bekas Menteri Kewangan Arab Saudi dibebaskan

RIYADH, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Bekas Menteri Kewangan Arab Saudi, Ibrahim Abdulaziz Al-Assaf dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan menghadiri mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Gambar Ibrahim yang menghadiri mesyuarat itu dikeluarkan oleh agensi berita Arab Saudi, SPA.

Beliau adalah antara berpuluh-puluh pegawai kerajaan dan putera diraja Arab Saudi yang ditangkap ketika operasi besar-besaran arahan Putera Mahkota Mohammed bin Salmah, kononnya bagi membasmi rasuah.

Ibrahim adalah pegawai kanan kedua Arab Saudi yang dilihat di kalangan orang awam selepas ditangkap dalam operasi itu.

Sabtu lalu, stesen televisyen Arab Saudi menyiarkan gambar bekas Ketua Pegawal Kebangsaan, Putera Miteb bin Abdullah, yang turut ditahan dalam operasi itu, bersama Putera Mahkota Mohammed.

Putera Miteb dilaporkan membayar AS$1 bilion kepada kerajaan Arab Saudi bagi pembebasannya. – Agensi

The post Rasuah: Bekas Menteri Kewangan Arab Saudi dibebaskan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian