Sambut tahun baru campur lelaki perempuan di Lost World Of Tambun haram: Mufti Perak

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – ‘Perbuatan orang ramai bercampur lelaki dan perempuan dalam kolam di taman tema air Lost World of Tambun adalah haram, itu bukan cara Islam untuk sambut tahun baru, tegas Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Melahirkan rasa kesal, katanya, pesta yang dianjurkan nampak terlalu berlebihan dan melampau, sedangkan Malaysia adalah negara Islam.

“Tidak sepatutnya diadakan acara yang bercampur lelaki dan perempuan. Bertudung atau tidak bertudung hukumnya haram kerana bercampur lelaki dan perempuan. Ia tetap haram walaupun hanya acara menyambut tahun baru.

“Adakah itu cara nak sambut tahun baru? Sepatutnya kalau nak sambut tahun baru, kita bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur, kita berdoa semoga tahun baru ini memberikan satu rahmat kepada kita semua. Itu baru betul,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas video yang tular semalam, menunjukkan orang ramai berpesta dalam kolam air, bercampur lelaki dan perempuan ketika sambutan tahun baru di taman tema air Lost World of Tambun.

Carian Ismaweb mendapati acara parti dalam kolam (pool party) itu adalah salah satu acara dalam program sambutan tahun baru yang bernama ‘2018 Magic Countdown’.

Tan Sri Harussaini berkata, Islam tidak melarang apa-apa sambutan selagi ianya tidak bertentang dengan syarak.

“Ya memang dulu-dulu ada sambutan tahun baru, tunggu detik 12 tengah malam, akan ada percikan bunga api. Cukup sekadar itu. Tidak perlu acara yang melalaikan.

“Tapi sekarang acara yang diadakan berlebihan dengan adanya tarian, lagu-lagu, mandi dalam kolam. Ini dah melampau,” katanya.

Tambah beliau, 1 Januari bukan tahun baru Islam, maka tidak ada salahnya jika tidak disambut.

“Sebagai umat Islam, tahun baru kita adalah tahun baru Hijrah iaitu setiap 1 Muharram. Sebenarnya dalam Islam, tiada sambutan tahun baru. Cuma kIta nak memperingati tahun Hijrah, kita buat sambutan tahun baru Hijrah,” katanya.

Dah macam bukan Malaysia! Pool Party 2018 Magic Countdown di Lost World of Tambun (Tonton Video)

The post Sambut tahun baru campur lelaki perempuan di Lost World Of Tambun haram: Mufti Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian