SPRM terus pantau agensi kerajaan

BANGI, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus memantau isu-isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam agensi kerajaan.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, penggantian Pegawai Integriti Bertauliah SPRM dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di unit integriti agensi kerajaan tidak menjejaskan peranan suruhanjaya itu.

Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut selaras dengan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN), baru-baru ini.

Suruhanjaya itu turut menegaskan bahawa penubuhan JITN tidak sama sekali menjejaskan fungsi dan tanggungjawabnya dalam usaha memastikan agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah serta salah guna kuasa.

“Justeru itu, dengan perubahan ini, SPRM telah mewujudkan unit-unit pemantauan khas bagi memantau isu-isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa di agensi-agensi kerajaan yang berisiko tinggi, sederhana dan rendah.

“Selaras dengan fungsi pencegahan di bawah akta SPRM, SPRM akan terus memastikan tadbir urus agensi-agensi kerajaan bebas daripada isu-isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

The post SPRM terus pantau agensi kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian