Suhu Malaysia turun sehingga 14.2°C

BANGI, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Sejak beberapa hari lalu, dan diramalkan sehingga pagi esok, suhu di beberapa tempat di Malaysia mengalami penurunan sehingga mencecah 14.2 darjah Celsius.

Keadaan itu berlaku berikutan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku semasa monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke Malaysia.

Malaysia pernah mencatatkan suhu paling rendah di Kuala Krai, Kelantan iaitu 15.7°C pada 2014 lalu, kesan tiupan angin timur laut.

Namun, sejak beberapa hari lalu fenomena suhu jatuh mendadak berlaku di seluruh negara dengan Kundasang mencatatkan suhu paling rendah iaitu 14.2°C, diikuti Kuala Krai (17.3°C); dan Tawau (17.6°C).

Berikut adalah suhu rendah di beberapa bandar utama di seluruh Malaysia yang diramal berlaku sehingga esok:

Alor Setar (18.3°C); Kuala Terengganu (19.1°C); Bintulu (19.6°C); Arau (19.7°C); Kuching (20.4°C); Kuantan (21.9°C); Taiping (21.9°C); Butterworth (22.3°C); Ipoh (22.8°C); Melaka (23.1°C); Johor Bahru (23.7°C); Seremban (24.6°C); dan Kuala Lumpur (25.5°C).

Kebiasaanya suhu di Malaysia adalah 28°C hingga 34°C.

Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang, dilaporkan berkata, cuaca sejuk seperti ini akan berlarutan dua tiga hari lagi dengan kawasan di Johor dan Sarawak akan berlaku hujan lebat.

Beliau berkata, keadaan hujan dan berawan dan cuaca sejuk yang berlaku sekarang juga disebabkan sebahagiannya ditokok tambah oleh fenomena ‘Madden-Julian Oscillation (MJO)’ atau Ayunan Madden-Julian.

“Fenomena MJO adalah sebahagian keragaman iklim dalam musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20/60 hari,” katanya.

The post Suhu Malaysia turun sehingga 14.2°C appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian