Tiada parti mampu dapat 112 kerusi PRU14, kata Hadi Awang

BANGI, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin tidak ada satu parti pun yang mampu memperoleh 112 kerusi bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Sebaliknya, beliau berkata, parti yang bertanding pada PRU14 itu hanya mampu menang antara 80 hingga 100 kerusi sahaja, sementara untuk menubuhkan Kerajaan Pusat memerlukan 112 kerusi Parlimen.

Oleh itu, katanya, jika PAS menang 40 kerusi Parlimen, maka parti lain yang hendak membentuk Kerajaan Pusat mesti bergantung kepada PAS.

“Kalau kita boleh (menang) 40 kerusi di Parlimen, kerajaan tak boleh nak tubuh kerajaan melainkan dengan bergantung dengan 40 kerusi ini.

“Walaupun orang lain ada 100 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan mesti ada 112 kerusi. Parti-parti tak mampu nak dapat 112 kerusi. 100 boleh, 80 boleh, 88 boleh, sekadar itu sahaja,” katanya merasmikan Pelancaran Dana 1 Juta Ke Wisma Darul Iman, di Masjid Rusila, Marang, semalam.

Memetik kenyataannya dalam Harakah hari ini, Abdul Hadi berkata, jika PAS mendapat 40 kerusi Parlimen, bermakna parti itu akan menjadi tempat bergantung kepada mana-mana parti lain yang hendak menubuh Kerajaan Pusat.

“Dengan 40 kerusi ini, kita ada pengaruh, boleh minta macam-macam. Dengan 40 kerusi ini, kita boleh tarik sokongan, jatuh siapa dia, naik siapa dia. Ini dari segi politik, kena faham dari segi politik, kedudukan politik.

“Walaupun dengan 40 kerusi, kita tidak majoriti. Bila 40 kerusi ini kita boleh menentukan kerajaan. Ini dari segi politik, ini kena mengaji ilmu politik. Orang mengaji politik tahulah, yang tak mengaji politik tak tahu hal macam ini.

“Kalau tak tahu, ikut orang yang tahu. Ini kena faham. Jangan belajar dengan surat khabar, kena belajar dengan kitab, kena belajar dengan nas-nas yang dibincangkan oleh ulama kita,” katanya.

The post Tiada parti mampu dapat 112 kerusi PRU14, kata Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian