Tiga individu ditahan tipu pelaburan RM700,000

BUKIT MERTAJAM, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Seorang lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket penipuan pelaburan membabitkan kerugian lebih RM700,000 dalam operasi polis di Bukit Mertajam, George Town, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang A.Thaiveegan berkata mereka yang berusia 40 hingga 48 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Bukit Mertajam bermula pukul 4 petang semalam.

“Polis menerima laporan beberapa orang mendakwa ditipu tiga individu terbabit yang menawarkan satu skim pelabur yang menjanjikan pulangan sebanyak 1% sehari atau 30% sebulan daripada wang yang dilaburkan.

“Berdasarkan siasatan awal, ramai mangsa di negeri ini terpedaya kerana pada peringkat awal ada pelabur yang mendapat pulangan daripada skim itu namun selepas itu mereka gagal mendapatkan sebarang wang malah duit yang dilabur dalam skim itu juga tidak dipulangkan,” katanya hari ini.

Beliau berkata semua aset milik tiga individu terbabit bernilai lebih RM1 juta akan dibekukan untuk siasatan.

Thaiveegan berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi anggota sindiket pelaburan berkenaan dan dipercayai mereka masih berada di sekitar Pulau Pinang.

Beliau turut meminta orang ramai yang menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan itu agar membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan. – Bernama

The post Tiga individu ditahan tipu pelaburan RM700,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian