Tuduh PAS sesat biar satu Malaysia tahu belang DAP

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – PAS menyelar kenyataan Setiasaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng apabila mendakwa parti itu sebagai sesat.

Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad berkata, jika Guan Eng menuduh PAS sesat, maka apa pula yang perlu dilabelkan kepada DAP.

Membidas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Idris menyifatkan sesat pada pandangan Guan Eng adalah apabila parti itu tidak boleh dicucuk hidung oleh DAP.

“Tidak mengapalah kalau hendak tuduh PAS sesat, kerana menentang pesta arak. PAS sesat kerana menentang gay. PAS sesat kerana menentang LGBT.

“PAS sesat kerana hendak mendidik masyarakat hidup bermoral dan berakhlak. PAS sesat kerana tidak bersetuju dengan Ateis.

“PAS sesat kerana menentang golongan anti hadis. PAS sesat kerana pemimpin kerajaan Kelantan tidak dituduh rasuah. PAS sesat kerana hendak memperjuangkan syariat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, sebuah portal melaporkan bahawa Guan Eng melabel perjuangan PAS sebagai sesat ketika mengulas peletakan jawatan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas lanjut Idris berkata, lagi banyak serangan yang dilakukan Guan Eng mengenai Islam yang diperjuangkan PAS, ia lebih menguntungkan parti itu.

Jelasnya, perbuatan itu secara tidak langsung membuka mata masyarakat mengetahui siapa Guan Eng dan DAP yang sebenar.

“Tidak perintah Malaysia sudah bersikap demikian. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk belang sebenar.

“Tindakan ini bukan sahaja akan menimbul kemarahan orang Melayu malahan juga orang bukan Melayu. Sikap angkuh seperti in tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia daripada berbagai kaum,” katanya.

Menurut Idris, modal Guan Eng dilihat tidak berkesudahan dengan memfitnah PAS bersama dengan UMNO, dengan mendakwa parti itu tidak bersuara berkenaan isu 1MDB serta Felda.

“Ini satu kenyataan yang mengarut dan menzahirkan busuknya hati LGE terhadap PAS. Lihatlah kenyataan PAS di Harakah, akhbar rasmi PAS.

“Kalau benci sangat pun biarlah buat tuduhan yang berasas. Jangan rujuk akhbar lain yang memang tidak melaporkan mengenai PAS,” katanya.

The post Tuduh PAS sesat biar satu Malaysia tahu belang DAP appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian