Langkau ke kandungan utama

Ubat, vaksin Kementerian Kesihatan halal

GEORGE TOWN, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit adalah halal dan selamat digunakan.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, dakwaan menyatakan terdapat ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan oleh kementerian itu mengandungi ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) babi adalah tidak berasas.

“Dulu lagi kita dengar ada kumpulan tertentu yang anti-vaksin kerana mendakwa ia mengandungi DNA babi tapi sekarang ini timbul pula isu kata bukan sahaja vaksin malah ubat-ubatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan turut mengandungi perkara sama (DNA babi).

“Mereka yang membuat tuduhan itu tidak mendapatkan maklumat yang betul dan sahih hanya mencari ia (maklumat) menerusi Internet sahaja. Mudah untuk mereka jadi ‘doktor google’ dan bagi maklumat tidak betul kepada masyarakat.

“Apa yang mengecewakan saya ada segelintir masyarakat  kita yang percaya,” katanya ketika berucap  pada Majlis Ramah Mesra Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Pulau Pinang, di sini malam tadi. – Bernama

The post Ubat, vaksin Kementerian Kesihatan halal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian