UMMAH anjur himpunan satukan umat Islam Mac ini

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan menganjurkan satu perhimpunan besar pada bulan Mac bagi menyatukan umat Islam dari seluruh pelosok negara.

Ketua Sekretariatnya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, komiti bagi perhimpunan itu telah pun dibentuk dan akan memulakan tugas menjayakan perhimpunan berkenaan secepat mungkin.

Pada masa sama, beliau berkata, UMMAH juga akan mengadakan ‘roadshow’ bagi menjelaskan tuntutan-tuntutan yang dinyatakan dalam Konvensyen Kebangkitan Ummah, yang diadakan pada 13 Januari lalu, dalam masa terdekat.

“Mungkin ramai orang keliru selepas laporan yang dibuat segelintir media baru-baru ini. Kita akan perjelaskan tuntutan dalam masa sebulan dua ini.

“Roadshow berkenaan akan di buat di peringkat negeri dengan melibatkan NGO Islam dari seluruh negara, bermula Februari hingga Mac,” katanya pada sidang media yang diadakan di Taman Melawati, di sini, hari ini.

Pada konvensyen berkenaan, tujuh kluster membabitkan isu perundangan, pendidikan, ekonomi, politik, tanah rizab, sosial dan belia telah membentangkan kertas kerja masing-masing.

Aminuddin berkata, tuntutan-tuntutan daripada setiap kluster akan diserahkan kepada semua presiden parti politik dalam masa terdekat.

The post UMMAH anjur himpunan satukan umat Islam Mac ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian