Ustaz Murtadha Yusof meninggal, Ustaz Wadi stabil

BANGI, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pendakwah yang juga pengasas Pusat Dakwah Darul Murtadha, Ustaz Murtadha Mohd Yusof, yang terbabit dalam nahas jalan raya di Bukit Merah pada 4 Januari lalu, meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Beliau menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping, kata adiknya Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, yang memuat naik berita kematian Ustaz Murtadha dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.

Semalam, keadaan Ustaz Murtadha semakin serius berikutan jangkitan kuman dan penurunan oksigen memaksa beliau ditidurkan bagi merehatkan paru-parunya.

Jenazah beliau dibawa balik ke Kampung Bakar Kapur dan akan dikebumikan di Masjir Penghulu Him di Sungai Petani, Kedah, petang ini.

Sementara itu, Ustaz Wadi Annuar yang juga terbabit dalam kemalangan itu dirawat di wad Neuro Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ustaz Wadi kini mula sedar, stabil

The post Ustaz Murtadha Yusof meninggal, Ustaz Wadi stabil appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian