Waspada tawaran kerja luar negara


KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pekerjaan di negara asing.

Ini kerana, katanya, realiti bekerja di luar negara adalah jauh berbeza daripada apa digambarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini.

“Hakikatnya, melalui siasatan awal, masalah buruh haram melibatkan rakyat Malaysia di luar negara didapati berpunca daripada penipuan pihak tertentu yang senga­ja memberikan gambaran palsu mengenai keadaan pekerjaan tersebut.

“Sekiranya mana-mana individu memasuki sesebuah negara tanpa permit atau visa yang sah, termasuk permit pekerja asing, mereka boleh berdepan dengan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kedutaan Besar Malaysia di luar negara juga akan menghadapi kesukaran dalam memberikan bantuan konsular kepada rakyat kita yang didapati bekerja di luar negara tanpa permit yang sah. Hal ini juga secara tidak langsung boleh mencemarkan imej negara kita,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya mendapatkan maklumat sahih dan terperinci daripada kedutaan besar Malaysia di negara-negara asing terlebih dahulu serta mematuhi undang-undang imigresen yang berkaitan.

The post Waspada tawaran kerja luar negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Shafie Apdal tidak tubuh parti baharu, ambil alih parti sedia ada di Sabah

KATA PEDANG: Antara kemurtadan Sharifah sekeluarga dan bahasa ulasan kematian Haron Din