16 hospital, pusat kesihatan di Gaza kurang elektrik, minyak ditutup
SEMENANJUNG GAZA, 21 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan penggantungan operasi 16 hospital dan pusat kesihatan di seluruh Semenanjung Gaza, berikutan kekurangan bekalan elektrik dan minyak, lapor Quds Press.
Jurucakap kementerian itu, Ashraf Al-Qidra berkata, penjana elektrik di tiga lagi pusat kesihatan di Gaza juga sudah terhenti menyebabkan operasi rawatan terpaksa dihentikan.
Sebelum pengumuman penggantungan itu dibuat, Al-Qidra memaklumkan bahawa operasi 13 hospital dan pusat kesihatan terganggu disebabkan alasan sama iaitu kekurangan bekalan elektrik dan minyak.
Beliau memberi amaran bahawa penggantungan operasi di hospital akan secara langsung menjejaskan kesihatan pesakit di wilayah yang diduduki itu, sejak rejim pengganas Israel mengepung kawasan berkenaan pada 2007.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa hospital di Gaza berdepan kesukaran untuk menangani pesakit sejak lebih sebulan lalu.
WHO juga berkata, langkah memotong bekalan elektrik meningkatkan beban sektor kesihatan, yang sebelum ini sudah mengalami kekurangan peralatan dan ubat-ubatan.
“Bekalan minyak akan berakhir pertengahan Mac ini,” kata WHO. – Agensi
The post 16 hospital, pusat kesihatan di Gaza kurang elektrik, minyak ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan