17,000 calon SPM gagal Sejarah berita palsu

BANGI, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan laporan mengatakan 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 gagal mata pelajaran Sejarah.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, berita yang tular di laman media sosial itu adalah tidak benar.

Setakat hari ini, Lembaga Peperiksaan belum mengumumkan sebarang keputusan berkaitan SPM 2017.

“Oleh demikian, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan,” katanya.

Pengumuman keputusan SPM 2017 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

The post 17,000 calon SPM gagal Sejarah berita palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian