59 lagi terkorban serangan udara angkara rejim Bashar

BEIRUT, 23 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 59 lagi orang awam, termasuk 15 kanak-kanak menjadi mangsa korban dalam serangan udara rejim Bashar al-Assad semalam.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, serangan yang memasuki hari keempat itu terus menyasarkan bahagian Ghouta Timur – kawasan yang dipegang kumpulan antikerajaan Bashar.

Serangan semalam turut menyebabkan 139 orang awam cedera. Setakat ini tiada sebarang respon dikeluarkan daripada rejim Syria.

Kumpulan itu berkata, angka kematian dilaporkan meningkat selepas insiden pengeboman di kampung Arbin, yang menyebabkan 21 orang termasuk sembilan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di Syria berkata, tekanan terhadap keselamatan dan kemanusiaan di rantau itu semakin merosot.

“Beribu-ribu rakyat di sini bergelut untuk terus hidup tanpa bantuan, atau tempat perlindungan selamat di Ghouta Timur,” katanya dalam satu kenyataan.

Wilayah Ghouta Timur dianggap sebagai zon konflik yang membimbangkan selepas hampir tujuh tahun dihimpit krisis perang, dan tidak menerima sebarang bantuan daripada agensi kemanusiaan sejak November.- Agensi

The post 59 lagi terkorban serangan udara angkara rejim Bashar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian