77 terbunuh, 325 cedera angkara rejim Bashar

BEIRUT, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 77 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam serangan yang dilancarkan rejim Bashar al-Assad, di bahagian Timur Ghouta berhampiran Damsyik, semalam.

Menurut Kumpulan Pemantau bagi Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), serangan udara dan pengeboman di Timur Ghouta itu membunuh sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak sejak Ahad lalu.

SOHR berkata, serangan pengeboman yang menyasarkan kawasan kejiranan di wilayah berkenaan turut menyebabkan 325 orang cedera.

“Pasukan kerajaan (rejim Bashar) sedang bersedia untuk melancarkan serangan darat di kawasan tersebut, susulan pengeboman yang dilancarkan pada Ahad lepas,” lapor SOHR.

Sementara itu, pegawai perubatan memberitahu, pesawat rejim Bashar menembak dan menyasarkan semua kawasan kediaman orang awam di wilayah itu.

“Hospital-hospital kami penuh sesak dengan mereka yang cedera, dan kami juga kehabisan anestetik dan ubat-ubatan penting lain,” katanya.- Agensi

The post 77 terbunuh, 325 cedera angkara rejim Bashar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian