Ajinomoto bayar RM86.07 juta ambil alih tanah Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Ajinomoto (M) Bhd merancang mengambil alih tanah seluas 18.86 hektar di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan, daripada Lembaga Tabung Haji dan THP Enstek Development Sdn Bhd dengan bayaran RM86.07 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ajinomoto berkata pengambilalihan itu selari dengan rancangan jangka panjangnya untuk meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya selari dengan permintaan semakin meningkat ke atas keluaran produk syarikat.

“Kami merancang membangunkan kemudahan perkilangan yang baharu di kawasan itu yang dijangka dapat mengukuhkan kecekapan syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.

“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan kos pembangunan atau bila operasi bermula. Kos pembangunan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank jika diperlukan,” kata syarikat itu. -Bernama

The post Ajinomoto bayar RM86.07 juta ambil alih tanah Tabung Haji appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian