Angkat Jakim menjadi suruhanjaya

BANGI, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Kerajaan disyor memartabatkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sebagai satu suruhanjaya dalam masa terdekat.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, ianya penting kerana ketika ini Jakim dilihat tiada berperlembagaan dan tidak mempunyai kuasa dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan umat Islam.

Dengan menjadikan Jakim satu suruhanjaya, ia dapat menjalankan peranan menyelaras dan menyeragamkan amalan Islam antara negeri.

“Sudah tiba masanya satu Pelan Islamisasi Nasional, digerakkan dengan penubuhan jawatankuasa kerjasama di antara kerajaan negeri dan Pusat dalam soal penyelesaian isu berkaitan umat Islam.

“Walaupun sebelum ini ada pelbagai masalah, perundingan penyelarasan secara diplomasi dilakukan dari satu negeri ke satu negeri dengan membabitkan cabang kuasa eksekutif, kerajaan negeri dan Raja Melayu.

“Contohnya Majlis Tanah Negara mampu diwujudkan, walaupun tanah adalah bidang kuasa negeri, tetapi boleh diuruskan oleh Kerajaan Pusat,” katanya dalam satu artikel yang diterbitkan di BH Online, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, suruhanjaya ini dapat memperkukuhkan kuasa kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri dan fungsi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam Persekutuan Malaysia selaras Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga dapat menangani permasalahan bagi golongan yang suka menghina dan memperlekehkan Islam yang menjadi agama Persekutuan.

“Melalui penyelarasan ini, diharap dapat memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kesalahan jenayah syariah yang setara dengan kuasa Mahkamah Tinggi.

“Ia juga membolehkan kuasa mahkamah mengendalikan pelbagai kes yang membabitkan pertikaian di antara Islam dan bukan Islam dalam kes syariah,” katanya.

The post Angkat Jakim menjadi suruhanjaya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian