Arab Saudi pecat ketua tentera, lantik timbalan menteri wanita

RIYADH, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Arab Saudi melakukan rombakan besar-besaran, dengan sesetengah pegawai kanan tentera dan timbalan menteri dipecat, dalam usaha meletakkan pegawai lebih muda bagi merangsang ekonomi dan mengawal keselamatan.

Ketua Staf Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Rahman bin Saleh al-Bunyan, ditamatkan perkhidmatan dan diganti oleh Leftenan Jeneral Fayyad bin Hamed al-Ruwayli, manakala ketua tentera udara dan darat juga ditukar, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA).

Beberapa timbalan menteri dalam portfolio ekonomi dan yang berkaitan keselamatan serta datuk bandar baharu, dilantik, termasuk seorang wanita, Tamadur bint Youssef al-Ramah, sebagai timbalan menteri tenaga kerja, satu jawatan kanan yang jarang dilakukan di Arab Saudi.

Turut dilantik ialah tiga timbalan gabenor daripada kalangan keturunan Putera Ahmed, Talal dan Muqrin, saudara kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz.

Salah seorang daripadanya timbalan gabenor baharu wilayah Asir, Putera Turki bin Talal, saudara kepada jutawan terkenal, Putera Alwaleed bin Talal, yang turut ditangkap dalam operasi besar-besaran membanteras rasuah tahun lalu, tetapi dibebaskan selepas bersetuju menyerahkan sebahagian asetnya kepada kerajaan Arab Saudi.

Putera Mahkota Mohamed bin Salman, 32 tahun, yang dilihat berada pada kedudukan selesa untuk menggantikan bapanya Raja Salman, dipercayai memainkan peranan dalam rombakan itu dalam usahanya mengubah dasar ekonomi dan sosial Arab Saudi.

Namun, beliau juga dituduh melakukan pendekatan yang tidak disukai, termasuk mengambil alih kedudukan sebagai Putera Mahkota dengan ‘menggulingkan’ sepupunya, Putera Muhammad bin Nayef. – Agensi

The post Arab Saudi pecat ketua tentera, lantik timbalan menteri wanita appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian