Bangladesh serah senarai pelarian Rohingya kepada Myanmar

DHAKA, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Bangladesh telah menyerahkan senarai lebih 8,000 etnik minoriti Islam Rohingya kepada kerajaan Myanmar untuk proses pemulangan semula pelarian itu ke negara berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan secara rasmi menyerahkan senarai berkenaan kepada rakan sejawatnya di Myanmar, Leftenan Jeneral Kyaw Swe selepas mengadakan mesyuarat di Dhaka, Jumaat lalu.

“Kita telah menyerahkan senarai 8,032 orang daripada 1,673 keluarga kepada mereka (Myanmar). Delegasi Myanmar menerima baik dan memaklumkan mereka akan memulakan proses penghantaran itu,” katanya.

November lalu, Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian untuk menghantar pulang pelarian dalam tempoh dua bulan dan ditempatkan di kem transit sementara di Myanmar sehingga kediaman mereka dibina semula.

Bagaimanapun, proses berkenaan ditangguhkan ekoran kekurangan persediaan dan protes daripada pelarian Rohingya yang enggan kembali ke negara asal itu.

Khan berkata, lebih daripada sejuta Rohingya kini berlindung di kem-kem di tenggara Bangladesh, dan Dhaka mengharapkan mereka akan pulang semula ke Myanmar.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Abul Kalam berkata, Dhaka sudah memulakan pembinaan sebuah kem transit dan akan mula membina sebuah lagi minggu depan bagi memudahkan proses pemulangan pelarian Rohingya.- Agensi

The post Bangladesh serah senarai pelarian Rohingya kepada Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian