Bayi meninggal dunia dipercayai didera
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata susulan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan ketika dia hadir di sebuah balai polis, di sini hari ini.
Bercakap pada sidang media, beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada Hospital Taiping berhubung kejadian pada 10.25 pagi semalam selepas bayi itu, Nur Khayra Mohamad Amirul Asnil yang dirawat sejak 2 Februari lalu meninggal dunia pada 7.30 pagi.
“Difahamkan, doktor yang merawat mangsa telah bertanya kepada kedua-dua ibu bapa mangsa yang memberitahu anak mereka jatuh dari buaian dan dibawa ke hospital pada 6.30 petang hari berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pemeriksaan dijalankan dan hasil laporan imbas CT menunjukkan bayi tersebut mengalami pendarahan otak serta di mata,” katanya. -Bernama
The post Bayi meninggal dunia dipercayai didera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan