Bekas Ketua Perisik Palestin saman PA kerana mengintip

TEBING BARAT, 21 Jamadilawal 1439H, Rabu – Bekas Ketua Perisikan Palestin, Tawfiq Tirawi dan Presiden Persatuan Peguam Tebing Barat, Jawad Obeidat memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA) atas tuduhan mengintip mereka dengan bantuan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Dalam saman itu, kedua-duanya berkata, PA juga mengintip pemimpin Palestin lain yang terkenal dan menjadi saingan kepada Presiden Mahmoud Abbas.

Saman itu dibuat selepas satu dokumen setebal 37 muka surat diterbitkan pihak tertentu di media sosial yang mendakwa ia adalah maklumat bocor daripada PA sendiri, yang mengandungi gambar serta maklumat peribadi, selain transkrip perbualan telefon bimbit, mereka yang menjadi sasaran.

Dokumen itu mendakwa tiga pegawai keselamatan Palestin menubuhkan unit pengawasan elektronik pada pertengahan 2014 dan memantau panggilan telefon ribuan warga Palestin, pemimpin kanan kumpulan Palestin, termasuk hakim, peguam, ahli politik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pemberi maklumat tanpa nama yang mendedahkan dokumen itu menyifatkan dirinya sebagai bekas anggota unit pengawasan elektronik, yang berhenti daripada ‘kerja kotor’ beberapa bulan lalu, kerana dia mula menentang rancangan PA yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat.

Dia turut mendakwa, tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, juga memberinya motif tambahan untuk mendedahkan maklumat itu.

Obaidat berkata, transkrip perbualannya menerusi telefon yang didedahkan dalam dokumen itu adalah benar.

“Saya membuat tiga panggilan telefon dan dokumen ini adalah keterangan mengenai kesahihan laporan yang dibocorkan, yang merupakan pelanggaran hak asasi manusia,” katanya. – Agensi

The post Bekas Ketua Perisik Palestin saman PA kerana mengintip appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian