BINA KESATUAN DEMI UMAT ISLAM

 

oleh: M Rasheedan Ellin

KOTA SAMARAHAN, 5 Feb – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Samarahan baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Harakah Islamiah (HIKMAH) Ranting Samarahan. Kunjungan bersejarah ini telah diketuai oleh Yang di-Pertua ISMA Samarahan sendiri, Ustaz Abdul Rahman b Ismail.

“Tujuan kita mengadakan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan silaturahim dengan HIKMAH selaku badan dakwah tertua di negeri Sarawak, yang jauh lebih kaya dengan pengalaman khususnya pengurusan dakwah mualaf di pedalaman Sarawak.” Ulas Ustaz Abdul Rahman.

Kunjungan tersebut juga adalah sebagai tanda menyahut seruan permuafakatan nasional demi kesejahteraan umat Islam di Malaysia yang dicanangkan oleh ISMA pusat sebelum ini. ISMA pusat sebelum ini juga telah mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO termasuklah HIKMAH untuk membincangkan cabaran dakwah semasa dan perkongsian pengalaman.

“Di peringkat atas, kita dah mesra dan berjumpa dah, di peringkat bawah (ranting) ini, harapnya kita dapat bersepakat dengan kesatuan yang sama” ulas beliau lanjut.

Dr Haji Morni, Pengerusi Ranting HIKMAH Samarahan berasa berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak ISMA, dan mengatakan bahawa ISMA adalah salah sebuah organisasi dakwah yang sangat aktif di Samarahan dengan tenaga penggerak yang ramai dan muda.

“Kita sangat mengalu-alukan ISMA untuk sama-sama beramal dakwah di Samarahan, dan kalau boleh kita dapat pertingkatkan kerjasama untuk memberikan kesan yang lebih besar dalam masyarakat.” Beritahu Dr Haji Morni.

Pertemuan penting ini amat penting untuk mewujudkan keserasian antara badan dakwah demi memartabatkan umat Islam setempat. Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Ketua Biro Dakwah ISMA Samarahan, En Rasheedan Ellin, Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM), Ustazah Nuraini Salleh, Pegawai Dakwah HIKMAH, Ustaz Tamri Arrim dan beberapa orang lagi wakil pimpinan cawangan ISMA dan HIKMAH.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian