Diskaun tol di lebuh raya SMART, MEX sempena Tahun Baru Cina
KUALA LUMPUR, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) menawarkan diskaun tol 10 peratus bermula 6 pagi, Sabtu ini (10 Februari) hingga 6 pagi, Ahad (11 Februari) menjelang sambutan Tahun Baru Cina.
Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan kepada pengguna Lebuh Raya SMART adalah RM2.70 berbanding kadar biasa RM3 untuk setiap hala masuk atau keluar di ibu negara.
“Diskaun tol yang diberikan tahun ini lebih istimewa kerana ia diberi lebih awal berbanding tahun sebelumnya sebagai tanda keprihatinan kami kepada pengguna Lebuh Raya SMART,” kata Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman dalam kenyataan hari ini.
Beliau berharap orang ramai mengambil kesempatan itu dengan menggunakan lebuh raya berkenaan untuk membeli-belah di pusat bandar sebagai persiapan menjelang perayaan berkenaan.
Dalam kenyataan berasingan, Maju Expressway Sdn. Bhd. berkata, ia menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada semua kelas pengguna Lebuh Raya Maju (MEX) bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada Tahun Baru Cina.
“Dianggarkan lebih 96,000 kenderaan bakal menikmati diskaun ini,” kata syarikat itu. – Bernama
The post Diskaun tol di lebuh raya SMART, MEX sempena Tahun Baru Cina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan