Dua lagi masuk hospital selepas minum kopi durian

GEORGETOWN, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Dua lagi lelaki dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam, selepas mengalami pening dan muntah dipercayai meminum sejenis kopi campuran.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, mereka yang bekerja sebagai pemandu lori sampah itu minum kopi berkenaan, yang diberikan oleh rakan sekerja mereka seorang warga Bangladesh pada Khamis lepas, pada jam 2.30 petang semalam sebelum mengalami pening dan muntah.

“Mangsa terima satu bungkusan ‘white coffee’ dari lelaki Bangladesh pada Khamis lepas dan jam 2.30 petang hari ini telah bancuh kopi tersebut dan minum. Lebih kurang 10 minit kemudian mangsa rasa pening-pening dan muntah sebelum dibawa ke HPP.

“Menurut mangsa, lelaki Bangladesh itu memberitahu telah menjumpai dua bungkusan kopi dalam tong sampah, satu bungkusan diambil oleh lelaki Bangladesh itu dan satu lagi diberikan kepada mangsa,” katanya di sini, semalam.

Anuar berkata, siasatan awal mendapati kopi campuran yang diminum dua lelaki berkenaan adalah sama jenama dengan kopi yang diminum lima individu yang mengalami gejala letih dan lemah sebelum ini tetapi berlainan perisa.

Beliau berkata, pihaknya telah berjumpa dengan penyelia syarikat lori sampah berkenaan memintanya menghubungi lelaki Bangladesh tersebut untuk menyerahkan bungkusan kopi yang dijumpainya kepada polis untuk dianalisis dengan segera.

Sebelum ini, lima individu termasuk dua wanita mendapatkan rawatan di HPP sejak Ahad hingga Selasa selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas dipercayai minum kopi campuran ‘durian white coffee’ itu.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatian dan menjalani beberapa ujian. Tiga daripada mereka sudah dibenarkan pulang selepas keadaan mereka bertambah baik. – bernama

The post Dua lagi masuk hospital selepas minum kopi durian appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian