Dunia pandang rendah terhadap Malaysia

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Kadar kemerosotan paling besar dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) menyebabkan seluruh dunia memandang rendah terhadap negara.

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin berkata, ekoran kedudukan terendah pernah diduduki oleh negara kita di dalam senarai itu, dunia mula mensyaki Malaysia sebagai negara yang kurang integriti dan kuat mengamalkan rasuah.

Pada masa sama, beliau berkata, penarafan rasuah yang buruk ini turut akan mempengaruhi keyakinan pelabur dan pengunjung.

“Mereka pastinya berhati-hati dan kurang yakin untuk berurusan dengan kita. Hanya negara dan pelabur yang mengamalkan rasuah sahaja bersedia berurusan dengan kita.

“Malah mereka suka sifat rasuah kita kerana ia boleh digunakan untuk menguasai ekonomi dan kedaulatan negara kita.

“Hal ini sudah pun berlaku kepada banyak negara yang tinggi amalan rasuahnya.
Boleh dikatakan semua mereka mendapat skor rendah dalam kajian TI. Banyak harta dan projek raksasa mereka telah diambil alih oleh negara dan syarikat asing,” katanya dalam artikel yang disiarkan di Sinar Online.

Susulan itu, beliau menggesa agar kedudukan persepsi rasuah yang semakin buruk ini tidak dipandang remeh dan memberi pelbagai alasan dangkal serta lucu.

“Orang yang membuat kerja songsang itu mungkin boleh bodohkan sebahagian rakyat jelata tetapi mereka tidak akan dapat membodohkan seluruh dunia.

“Penarafan rasuah yang buruk ini bukan saja memalukan kita malah sudah pun mula memberi kesan tidak sihat ke atas keyakinan pelabur asing terhadap negara kita,” tegasnya.

The post Dunia pandang rendah terhadap Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian