Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Taiwan, dua terbunuh

TAIPEI, 21 Jamadilawal 1439H, Rabu – Dua terbunuh, manakala lebih 200 lagi cedera selepas gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan pantai timur Taiwan, lewat malam tadi.

Sebuah hotel dan sekurang-kurangnya tiga lagi bangunan runtuh di Hualien akibat gempa yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 20 kilometer di pesisir pantai di timur Taiwan pada jam 11.50 malam tadi.

Agensi berita Taiwan melaporkan, tingkat bawah tanah Hotel Marshal terbenam menyebabkan ia runtuh di pusat bandar Hualien, 120 kilometer di selatan Taipei.

Wartawan di tempat kejadian memaklumkan tiga orang masih terperangkap dalam hotel, sementara anggota pasukan penyelamat berusaha untuk mengesan mereka.

Empat lagi bangunan, termasuk dua hotel dan hospital tentera condong ketika gempa bumi itu. Hualien mempunyai kira-kira 100,000 penduduk.

Kira-kira 40,000 rumah terputus bekalan elektrik dan air, manakala lebuh raya dan jambatan ditutup kepada semua kenderaan.

Gempa malam tadi berlaku tepat dua tahun selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan bandar Tainan di selatan Taiwan, membunuh 117 penduduk selepas apartment Wei-Guan Golden Dragon, runtuh.

Pulau Taiwan terletak di atas lingkaran api Lautan Pasifik, di mana gempa bumi dan gunung berapi kerap berlaku.

Pada September 1999, gempa berukuran 7.6 magnitud menggegarkan Taiwan menyebabkan 2,400 terbunuh dan 100,000 hilang tempat tinggal. – Agensi

The post Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Taiwan, dua terbunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian